Kembali ke pengaturan asal Kecilkan saiz fontSenderhanakan saiz fontBesarkan saiz font
PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

YAB Menteri Besar

YAB Menteri Besar Pahang

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR PAHANG
 

 

 

Alamat Pejabat :

Pejabat Menteri Besar, Wisma Sri Pahang, 25503 Kuantan

Alamat Rumah :

Kediaman Rasmi YAB. Menteri Besar Pahang, Jalan Telok Sisek,25000                    
Kuantan, Pahang

No. Tel Pejabat :

09-5121155/09-5121682/685

No. Faks  :

09-5157766

Emel  :

mb[at]pahang[dot]gov[dot]my

Blog   :

khabarpahang.blogspot.com

Biodata

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob merupakan anak yang sulung dalam kalangan enam (6) anak-beradik.  Beliau telah  lahir di Bentong, Pahang pada 18 April, 1950.  Ketika ini, beliau berusia 60-an, meraikan Hari Jadinya ke-67 pada 18 April, 2017.

Berkahwin dengan Datin Sri DiRaja Hjh Junaini binti Kassim dan dikurniakan empat (4) anak (dua lelaki, dua perempuan) iaitu Awang Osman, Yang Azizah, Yang Aishah, dan, Awang Omar.

Latar Belakang Pendidikan

Dato’ Sri DiRaja Hj Adnan menerima pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Bentong,  Sulaiman Primary School (Special Malay Class) dan Sulaiman Secondary School di Bentong.  Selepas peperiksaan Malaysian Certificate of Examination (MCE) pada tahun 1967 pada usia 17 tahun, beliau menyertai Sekolah Menengah Agama Pelangai selaku guru pelatih Bahasa Inggeris. Pada tahun 1971, beliau menduduki dan berjaya dalam peperiksaan Higher School Certificate (HSC) sebagai calon persendirian, yang membolehkannya memasuki insitusi pendidikan terkenal, Universiti Malaya pada tahun 1972.

 

Tiga (3) tahun kemudian pada tahun 1975, beliau lulus dengan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian), pengkhususan dalam Sejarah dan Pengajian Islam.  Beliau kemudian mengikuti kursus selama setahun dan memperolehi Diploma Pendidikan pada tahun 1976.  Kini selaku guru bertauiliah, beliau dihantar untuk mengajar di sekolah beliau pernah belajar – Sulaiman Secondary School dan berkhidmat di situ sejak tahun 1977 sehingga 1984.  Beliau telah mengemukakan surat berhenti kerja 24-jam kerana ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor.

 

Bagaimanapun, beliau tidak menamatkan pengajian empat (4) tahun di situ ekoran menerima tawaran Menteri Besar Pahang ketika itu, Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak (kini ialah Perdana Menteri Malaysia) untuk bertanding pada Pilihanraya Umum (PRU) 1986 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Pelangai yang kemudian dimenanginya.  Tiga (3) dekad kemudian – bermula April 2016, beliau kembali menyalakan api impiannya untuk menjadi seorang peguam apabila mendaftarkan diri untuk kursus undang-undang – LLB secara sambilan untuk tempoh dua (2) tahun di UIAM yang sama.

 

Ekoran itu, beliau perlu membahagi-bahagikan masanya secara bijaksana antara menyempurnakan tugasnya sebagai Menteri Besar untuk sebuah negeri terbesar di Semenanjung Malaysia, dengan sebagai seorang pelajar yang menghadiri kelas pada hari-hari tertentu dalam seminggu.  Beliau dijangka menamatkan kursus jangka pendek ini (daripada sepatutnya, empat (4) tahun) pada tahun depan (2018), dengan sasaran peribadi untuk mempolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-undang Peringkat Pertama.  Sasaran ini mungkin tidak mustahil untuk dicapai memandangkan keputusan peperiksaan untuk semester pertama yang baharu ditempuhinya, sudahpun memperolehi 4A 1A- dengan Purata Markah Gred Terkumpul (CGPA) 3.943!     

Latar Belakang Politik

Beliau telahpun berada pada tahun ketiga pengajian undang-undangnya di UIAM apabila beliau dicadang dan dinamakan untuk bertanding pada PRU 1986 dalam Dewan Undangan Negeri kawasan Pelangai.  Ketika itu, jawatan politiknya ialah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bentong.

Setahun selepas memenangi pilihanraya itu, berlaku peningkatan pada jawatan politik tersebut, dilantik sebagai Ketua UMNO Bahagian Bentong – jawatan politik yang disandanginya hingga sekarang.

Sebagai wakil rakyat, beliau berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Pelangai itu pada PRU-PRU selanjutnya pada tahun-tahun 1990, 1995, 1999, 2004, 2008 dan yang terbaharu, pada PRU ke-13 pada bulan Mei, 2013.

Hanya memasuki penggal kedua beliau sabagai wakil rakyat (selepas PRU 1990), Dato’ Sri DiRaja Hj Adnan dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri yang ketika itu Menteri Besarnya ialah Dato’ Sri Mohd Khalil Yaakob (Tun Mohd Khalil, kini ialah Yang Dipertua Negeri Melaka).  Beliau diberikan portfolio Pengerusi, Jawatankuasa Perumahan Negeri. Selepas PRU 1995, beliau bukan sahaja kekal sebagai wakil rakyat kawasan Pelangai tetapi juga mengekalkan keahlian dalam MMK.  Bagaimanapun, beliau ditukar untuk menjadi Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam dan Pelajaran.

Pada 25 Mei 1999, beliau dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ke-14, mengambil-alih daripada Dato’ Sri Mohd Khalil, yang telah dipindahkan ke Kuala Lumpur untuk menjadi Menteri Penerangan.  Dato’ Sri DiRaja Hj Adnan segera mengumumkan pada persidangan media pertamanya sebagai Menteri Besar, mengenai keutamaannya dalam mentadbir negeri bahawa beliau akan memberi penekanan dan mengamalkan pendekatan‘Mesra-Rakyat, Mesra-Pelabur’. Beliau yang juga dilantik sebagai Pengerusi, Badan Perhubungan UMNO Negeri serta Barisan Nasional (BN) Negeri, telah pertama kali mengetuai jentera pilihanraya negeri pada PRU 1999 pada 29 November.

Sungguhpun BN Pahang tewas di lapan (8) daripada 38 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandingi, namun pencapaiannya ketika itu boleh dikatakan bagus berbanding pencapaian BN Negeri lain.  Isu utama yang menjadi cabaran utama kepada BN ketika itu ialah ekoran pemecatan Timbalan Perdana Menteri yang berpengaruh, daripada kedudukannya dalam kabinet yang diterajui oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Dr Mahathir Mohamed.

Hanya empat (4) bulan selepas PRU yang mencabar itu, Pahang terpaksa menghadapi Pilihanraya Kecil (PRK) ekoran pemergian ke rahmatullah, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sanggang, Dato’ Abdullah Kia. PRK ini merupakan cabaran yang lebih besar buat Dato’ Sri DiRaja Hj Adnan, yang menguji ketokohannya selaku Menteri Besar dan juga Pengerusi bagi kedua-dua Badan Perhubungan UMNO Negeri dan BN Negeri.

Sungguhpun begitu, beliau telah berjaya dengan cemerlang apabila calon yang diletak untuk bertanding pada PRK tersebut – Ustaz Redwan Harun, telah menang dengan majoriti selesa menewaskan calon dari parti pembangkang, Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Beliau kemudian mengetuai jentera pilihanraya negeri untuk PRU-PRU seterusnya (2004, and 2008) dengan agak mudah, sedangkan di sesetengah negeri lain, ada BN Negeri gagal hingga menyebabkan tampuk pemerintahan negeri berkenaan jatuh kepada pembangkang.

Dato’ Sri DiRaja Hj Adnan sekali lagi mengetuai BN Negeri pada PRU lepas – PRU ke-13 yang diadakan pada Mei 2013 dan sekali lagi, menang seterusnya kekal mentadbir negeri hingga kini.

Memasuki tahun ke-19 beliau mengetuai Kerajaan Negeri; tempoh 18 tahun yang lepas menyaksikan Pahang telah dapat dimajukan sepertimana kini – modern tetapi masih berasaskan pertanian, dengan kebajikan dan pendidikan rakyat terus-menerus menjadi keutamaan.

Dan ini sekaligus menepati apa yang dihasrat dan diluahkannya pada persidangan media pertama kali selaku Menteri Besar pada tahun 1999, betapa beliau terus kekal dengan pendekatan ‘Mesra-Rakyat, Mesra-Pelabur’nya.

Pencapaian

Kemiskinan mutlak dalam kalangan rakyat-jelata telah dapat dihapuskan sepenuhnya pada tahun 2010, terima kasih atas kejayaan dan pelaksanaan pelbagai program menerusi peruntukan yang disediakan oleh Tabung Amanah Pembasmian Kemiskinan Negeri diwujudkannya pada 9 Julai, 2008.

Anugerah

  • Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa  gelaran ‘Dato’’ oleh KDYMM Sultan Pahang pada tahun 1992.
     
  • Sri Setia Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran ‘Dato’ Sri’ oleh KDYMM Sultan Pahang pada tahun 1999.
     
  • Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ diterimanya daripada TYT Yang DiPertua Negeri Melaka pada tahun 2007.
     
  • (pertama kali diperkenankan) – Sri DiRaja Sultan Ahmad Shah (SDSA) yang membawa gelaran ‘Dato’ Sri DiRaja’ oleh KDYMM Sultan Pahang pada Hari Keputeraan Baginda ke-80 pada 24 Oktober, 2010. 
     
  • Penaung, Askar Wataniah dengan pangkat Brigadier General (Kehormat) pada 26 Februari, 2007.
     
  • Presiden Persatuan Scout Malaysia (Bahagian Pahang) sejak awal tahun 2010.
     
  • Ijazah – Honorary Doctrate In Education Administration Oleh Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan Pada 3 Oktober, 2010.
     
  • Ijazah –Honorary Doctrate In Technology Management Oleh Universiti Malaysia Pahang (UMP), Kuantan. – Ends 9 Oktober 2010


  •  
  • Print
  • Email this page

Topik Hangat